BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 30, 2010

Lawakkkk....~

Salamullahialaikum.. =>

Pagi tadi Hamba ada dapat satu emel dari sahabat. Sesuai rasanya untuk tatapan sekeluarga. Rasa macam tak best pulak kalau tak post kan dalam blog ni. jom layan..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....


Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...


"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "


"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"


"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..


tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah.... Xperlu minta izin dah.. :)

Monday, August 23, 2010

Amalan Sunat Ketika Berpuasa..~

Salamullahialaikum..=>

Dulu, masa Hamba masih bersekolah, kat Jasin nun, ustaz Hamba ada ajaq pasal perkara-perkara sunat ketika berpuasa. Hamba tau pembaca ada belajaq macam Hamba jugak. Tapi berapa ramai dikalangan kita yang ingat tentang beberapa perkara tersebut?? Kalau tak ingat apatah lagi nak mengamalkannnya. Lupakah kita bahawa bulan Ramadhan ini adalah suatu bulan yang dikurniakan rahmat dan pengampunan kepada kita. Hamba tahu bahawa ada yang ingat dan sentiasa mengamalkannya. Alhamdulillah. Cuma kita sebagai manusia sering terlupa dan harus ingat-mengingati termasuklah diri hamba juga. Bak kata orang bukan "good" sangat pun.

So, sebagai mem"refresh" kembali apa yang ada dalam 'palotak' Hamba ni, jom kita list satu-satu. haha... Klaw silap tlg betulkan dan klaw kurang tolong tambahkan..

1. Membaca doa ketika berbuka:

2. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu serta berbuka dengan kurma terlebih dahulu. Namun, ada hadith yang menrangkan:
“Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu.” -HR Bukhari Muslim

3. Bersahur dan melambat-lambatkannya. Rasulullah telah bersabda bahawasanya perbezaan antara puasa ahli kitab dan orang mukmin adalah sahurnya.

4. Memberi makan orang-orang yang berbuka puasa.

5. Memperbanyakkan sedekah.

6. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.

7. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.

8. Berzikir setiap malam sesudah witir.

9. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.
“Pada 10 hari terakhir (di bulan Ramadan), Rasulullah lebih tekun mendirikan solat melebihi hari-hari yang lain.”

10. Membanyakkan qiamullail di 10 malam yang terakhir di bulan Ramadan.
Dalam suatu hadis yang bermaksud;
“Sesungguhnya Nabi SAW manakala telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama.” (Riwayat: Bukhari & Muslim)

11. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.

12. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.

13. Dan banyak lagi... (tak ingat dah..truk btoi..) =>

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadan kerana iman dan mencari keredaan ALLAH, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni.”




Saturday, August 21, 2010

Bicara Kata~

Bicara kata
Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya

Lembutnya lidah mengata nista

Lidah yang tiada bertulang

Mengadu domba

Serta memfitnah sesama saudara


Terkadang aku berfikir sendirian

Perlukah amarahku dibiar terus menyala

Membakar membara dengan rasa bangga

Mencela mereka dengan kata-kata


Kata ibarat pedang

Yang tajamnya bisa membunuh lawan

Kata-kata yang berhikmah

Menyedarkan kita


Kata madah pujangga

Bisa menjadi pedoman manusia

Jagalah bahasa kata kita

Jangan disalah guna


Yang indah itu bahasa

Yang cantik itu budi pekerti

Yang merah,merah saga

Yang kurik,kurik kendi


Yang indah itu bahasa

Yang cantik budi pekerti


Terkadang aku mentaksir manusia

Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati

Mencerca, menghina, dustanya bicara

Menyusun nista dengan kata-kata


Terlajak perahu masih boleh diundur lagi

Terlajak kata buruk padahnya

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi

Terlajak kata hilang percaya

Hilang percaya...



Ingatlah bahawasanya dengan kata-kata kita bersengketa,
Dan dengan kata-kata kita saling bercinta,
Atas dasar agama yang mulia...

Wallahua'lam..~

Friday, August 20, 2010

Renungan Jumaat..~





Sekadar renungan buat semua. mudah-mudahan menjadi iktibar..
Credit to blog Bujang Susah..
Wallahua'lam..~

Thursday, August 19, 2010

10 Amalan Yang Diterbalikkan Ummat Akhir Zaman..~


Salamullahialaikum...~

Tak sangka rupanya Hamba ada blog.. Dah lama tak update.. Pape pun, perkongsian ilmu harus diteruskan. InsyaAllah. Sorry ye blog.. rindu aku kat hang..hahaha..

Kali ini Hamba nak berkongsi dengan pembaca tentang satu perkara yang sering kita abaikan dan kadang kala langsung tak diambil kisah. Tahukah kita pasai apa bila mai ja musim raya ataupun bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, maka kerajaan dengan syoknya naikkan harga barang??? Jawapannya sebab kita sebagai pengguna akan mula berbelanja besar bila datangnya musim yang sebegini. Contohnya, di bulan-bulan lain(yang bukan bulan posa) kita mkn ala kadar. Beli ikan sekilo boleh tahan sampai 3-4 hari (bagi yg ada anak 5 orang). Tapi bila datang bulan Ramadhan, maka akan penuhlah shopping complex dan pasar-pasar. Yang tak pernah makan kat hotel dengan suka hatinya boleh pi berbuka di hotel yang mewah-mewah. Bukankah puasa ini mendidik kita untuk menghayati kesusahan mereka yang sukar memperoleh walau sesuap nasi dan menagajar kita untuk bersabar?

Jadi, boleh lah Hamba katakan bahawa selagi mana kita tidak menurut perintah Allah dan ajaran Islam yang sebenar, selagi itulah kita akan kesusahan dan dipermainkan oleh golongan yang suka menindas. Di sini ada satu emel yang difowardkan kepada Hamba yang sesuai direnungi bersama.. Jom layan..~

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saaj bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas.. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir,maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita
mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas,tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Semoga apa yang dikongsi mampu memberi kita sedikit ilmu yang berguna dan dapat kita amalkan.. InsyaAllah..

Wassalam..~

Monday, March 1, 2010

Aku Ektremis Islam..!!!!~


Salamullahialaikum..

Alhamdulillah.. Baru hari ini Hamba rasa semangat intuk mem'blog' datang kembali.. Selepas hampir 2-3 minggu blog ni tak hidup.. Biasalah, baru nak exam.. Insyaallah, perkongsian ilmu di alam maya ini bermula kembali.

Kali ini Hamba ingin mengulas satu isu yang bukan lah sesuatu yang baru. Tetapi telah lama menjadi kudis dalam umat Islam masa kini. Namun apakah tindakan kita sebagai umat Islam?? Adakah kita hanya mampu membenci?? Sedangkan mencegah kemungkaran dengan hati (benci) adalah selemah-lemah iman??

Pemahaman tentang ekstremis Islam, Islam liberal mahupun moderate Islam adalah sesuatu yang salah. Bahkan pada pendapat Hamba, istilah atau ungkapan ini adalah propaganda Yahudi yang ingin menjatuhkan Islam. Kita sering mendengar " alah.. buat pe nak pakai serban.. nnti orang cakap aku ni ektremis pulak.." ataupun " tengok tu.. siap dengan jubah lagi datang surau.. rilek2 dah la.." Ini merupakan contoh bahawa pemikiran remaja Islam masa kini sudah banyak terpesong akibat propaganda musuh mereka sendiri.

Oleh kerana pehaman yang sebegini timbullah gejala sosial dan maksiat yang kebanyakkannya dilakukan oleh remaja Islam. Mereka tidak tahu apa erti aurat yang sebenar. Mereka juga tidak tahu bahawa Islam itu adalah agama yang menyeluruh. Bukan sekadar Islam pada nama atupun di tikar sembahyang. Bukankah Islam yang dibawa Rasulullah pada ketika dahulu adalah sama sehingga sekarang? Tiada perubahan pun..

Jika kita ingin melabel sesuatu perbuatan itu merupakan ekstremis Islam, bukankah Rasulullah S.A.W ketika dahulu lebih ektrem?? Pernahkah kita menunggu bas sehingga bengkak kaki?? Tetapi Rasulullah pernah bersolat malam sehingga bengkak kakinya. Sekali lagi Hamba ingin mengulang. Tiada istilah Islam ekstrem, liberal mahupun moderate kerana Islam yang dibawa Rasulullah adalah sama dari dulu hingga sekarang. Jika istilah begini tetap wujud, biarlah kita digelar ekstremis Islam kerana Islam Moderate itu tidak wujud.

Disini Hamba terjumpa sebuah video yang boleh kita ambil pengajaran.. Mudah-mudahan kita dapat menghidupkan kembali Islam yang sebenar.. Allahuakbar!!!!







Friday, February 12, 2010

Cerita Lawak 1MALAYSIA~wakakaka


Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan kecil pada sistem saluran air bertekanan tinggi pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman menyebabkan aset strategik itu tidak boleh menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

Bagaimanapun beliau berkata, kerosakan mekanikal yang dikesan pada 7 Januari lalu ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah itu tidak membimbangkan kerana hanya melibatkan sistem sokongan kapal.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk dan ini menyebabkan kapal tersebut gagal dilancarkan ke bawah permukaan air. Ia berlaku ketika kapal selam berada di limbungan kering dan bukannya semasa operasi,'' katanya.


Ni cerita pelik dimana ada sebuah kapal selam yang tak boleh selam.. Kapal selam tak boleh selam ini hanya terdapat di 1MALAYSIA sahaja. Tak wujud di tempat lain. Kalau masuk Guinness World of Record pon ok gak nih. Tahniah!!!

Wednesday, February 10, 2010

Democracy is Dead!!



Salamullahialaikum..=>

Kali ini sekali lagi kita melihat Perlembagaan Malaysia dipermainkan. Kita juga sekali lagi menghadapi situasi yang sukar untuk menghadapi media-media yang seringkali memainkan berita ini dan sengaja membesar-besar dan menambah perisa agar cerita ini menjadi lebih sedap dan menyakitkan hati. Umum mengetahui bahawa apa yang dibincagkan disini adalah mengenai pengumuman Menteri Besar Perak yang sah.

DS Nizar ataupun yang digelar sahabat saya Si Putih telah dikalahkan dengan penangan 5-0 oleh Si Hitam ataupu DS Zambry setelah kelima-lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menyatakan bahawa DS Zambry adlah MB yang sah. "Tidak mengapa.. Mahkamah itu depa yang punya" kata seorang sahabat baik saya. Apa yang penting biar kalah dimahkamah kerajaan asal kita menang di mahkamah rakyat.


Sesungguhnya Allah telah membuktikan bahawa DS Nizar merupakan seorang pemimpin yang gagah dan tidak takut menghadapi sebarang cabaran mahupun dugaan. Ini telah terbukti melalui apa yang telah beliau lalui selama setahun ini. Ujian yang diberikan Allah seberat ini hanya mampu ditanggung oleh insan yang hebat sepertinya. Seorang pemimpin yang tak kenal erti putus asa dan berjuang bagi menegakkan amanah dan agama Allah. Subhanallah..

Kepada semua pejuang Islam (PAS), teruskan usaha, jangan berhenti berdoa. Kerana itu adalah senjata kita. Senjata yang sememangnya menjadi kekuatan setiap da'ie. Jika ada yang menyoal tentang 'keberkesanan' doa dan solat hajat kita ataupun timbul rasa ingin berputus asa, maka ingatlah hadis ini;
berkata Jibril, "Wahai Tuhan, Engkau kabulkanlah hajat hamba-Mu itu", maka Allah menjawab," Biarkan hamba-Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya.."
Ingat!!!!!

Allah cintakan suara kita... Teruskan berdoa.. Perjuangan belum selesai..


Wallahua'lam..

Friday, February 5, 2010

Aku Jatuh Cinta...

Atas Nama Cinta-UNIC

Tika mata, diuji manisnya senyuman

Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika, terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan impian yang tersimpan
Engganku keasyikan
Gusar keindahannya merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari Kasih-Nya
kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Diatas nama cinta pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh redha
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki sehingga kurasai
Nikmat-Nya.. Syurga-Nya.. Cinta-nya..

Baru-baru ini sahabat Hamba tag video dalam facebook. Bila Hamba bukak keluar lagu ni.. Teringat zaman sekolah dulu waktu Hamba hafal lirik lagu ni.. hehe.. Seronok pulak.. Niway, banyak benda yang boleh kita jadikan ingatan dari lagu ni (dah nama pon nasyid, tu la fungsi dia).. Mudah-mudahan kita sentiasa di redhai-Nya..

Thursday, February 4, 2010

Radical Humanity..



Salamullahialaikum..=>

Don't you think before the aspect of a religion, Humanity is the core that Allah SWT wanted to instill on mankind?

Why do you need to have a Hadith on doing humanity towards Mankind in order to be saved? Allah's message is so clear to all of us. It is not only to Dakwah but to deliver our action via faith in Allah SWT messages to us. The result of a religion is the kind of people we behave and are in the society or nation. Thus, visiting non-muslims during sickness is a highly respectable action out of love for mankind.

Only thru these, without even preaching Islam via Dakwah, you get to see Non-Muslims love the Muslims better. This is the approach towards touching the lives of many.

The Christians have always gone out with clear messages to serve mankind. You will be surprised how they touch many lives through actions, thus without preaching they "think" they saved many who accepted Christianity.

Why not we Muslims start doing these?

I read in the papers that the HIV sufferers in Malaysia who are Muslims are being given shelter by Catholic Churches. They are taken care of, for food, welfare and shelter. It was in Kosmo paper. And a Muslim reporter was asking where is our Muslim values towards mankind in such issues here in Malaysia?

It was sad to know that the HIV Muslim patients are getting care and attention from Non-Muslims themselves. And here we are judging these HIV patients who deserve love and the touch of true Muslim Spirit. Who are we to judge these patients?

There is a lot to be done to achieve a "Loving Muslim" in our very own country.... Let us practice the ‘Radical Humanity’…..

Monday, February 1, 2010

Karnival Penang Harmoni!!

(Poster: Ihsan Perisik Rakyat)

Pakat mai Penang!!!!

Sunday, January 31, 2010

Cerita Hantu...~

Salamullahialaikum.. =>

Syukur alhamdulillah.. Dengan limpahan kurnia Allah dapat lagi kita bernafas di pagi yang indah ini. Di kesempatan ini Hamba ingin berkongsi sebuah cerita yang mana Hamba dengar di sebuah ceramah agama suatu ketika dahulu. Ceritanya ada unsur-unsur angker sikit tapi mungkin kurang menarik dan mungkin jugak menarik. Terpulang kepada anda untuk menilainya..



Cerita ini berlaku di utara semenanjung atau senang cakap negeri jelapang padi, Kedah. Lebih spesifik di Maktab Perguruan di Sungai Petani. Ada seorang gadis yang bernama Maznah (bukan nama sebenar) merupakan guru pelatih di institusi perguruan tersebut. Beliau merupakan seorang guru pelatih perempuan yang mampu mencairkan ramai guru pelatih lelaki mahupun pensyarah lelaki di maktab tersebut. Beliau juga sering dicemburui oleh rakan-rakan wanitanya yang lain. Mana tidaknya, dah la cantik, baik budi pekerti dan sopan pulak tu.. Pakej beb!! Kulitnya putih gebu, mukanya licin......(dah-dah... kalaw macam ni smpai esok pon tak habih..mangkaq!!)

Nak dijadikan cerita, maktab perguruan tersebut mengadakan rombongan ke Gunung Jerai. Lalu bergeraklah rombongan yang seramai 40 orang itu berbondong-bondong ke Gunung Jerai. Selama 2 jam perjalanan, tak henti-henti si Maznah asyik diperhatikan oleh pemuda-pemuda yang turut serta dalam rombongan tersebut. Tak senang duduk dibuatnya si Maznah tadi.. Setelah mengharungi perjalanan selama 2 jam yang terhinggut-hinggut dan terhincut,(almaklumlah..naik bas TATA) maka sampailah mereka ke destinasi yang di tujui. Untuk pengetahuan, rombongan ini diketuai oleh seorang pensyarah lelaki yang bernama Encik Mail..

Setelah semua peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan lalu bergeraklah mereka kedalam hutan Gunung Jerai yang amat mempesona mata yang memandang. Maznah ketika itu berada dalam kumpulan 3 yang diketuai oleh Encik Mail. Ketika berada di dalam hutan, mulut para peserta rombongan tak henti-henti menyebut 'wow!!'.. Indahnya dunia ciptaan Ilahi.. Subhanallah!!





Ketika mereka sedang asyik meneroka hutan tersebut, Maznah terjumpa sebuah pokok bunga yang cantik yang diberi nama BUNGA HARUM SUNDAL MEWANGI. Lalu beliau memetik bunga tersebut dan ingin membawanya pulang. Namun beliau tidak sedar bahawa kumpulannya kian jauh darinya. Hari semakin senja, lalu ketua rombongan membuat keputusan untuk bergerak pulang. Encik Mail adalah orang terakhir yang menaiki bas tersebut. Setelah penat menempuh perjalan, pemandu bas mengambil keputusan untuk berhenti seketika di sebuah RnR dan bercadang untuk makan disitu.

Setelah semuanya turun, Encik Mail tidak terlihat kelibat Maznah. "Mungkin dia dah turun kot.." bisik hati Encik Mail untuk menenangkan hatinya.. Setelah bergerak ke kedai makan, beliau mencari-cari Maznah namun tidak kelihatan. Beliau mulai risau da terus mengarahkan seorang balacinya, Zambri Mamak untuk melihat kalau-kalu Maznah tidak turun dari bas. "Maznah tak dak, cikgu.." kata Zambri Mamak. Encik Mail naik gabra dan mulai risau bercampur sasau.. Tanpa melengahkan masa, beliau berlari ke atas bas dan melihat tempat duduk Maznah yang hanya di'duduki' oleh BUNGA HARUM SUNDAL MEWANGI.. "Tadi hangpa ada nampak MAznah dak?!" tanya Encik Mail kepada pelajar-pelajarnya. "Tadi ada.." jawab meraka. Setelah membuat pemeriksaan, terbukti Maznah tiada!!

Di hutan Gunung Jerai, Maznah masih lagi sibuk memetik bunga-bunga hutan. 'Encik Mail' yang dari tadi membisu asyik mengekori beliau. "Cik Mail, dah nak malam ni, takkan kita nak tidoq sini kot??" tanya Maznah. Namun, 'Encik Mail hanya mendiamkan diri dan bergerak dicelah-celah pokok lalu ghaib.. Melihat keadaan itu, Maznah jadi panik dan baru dia sedar bahawa dia telah ditinggalkan. Keadaan sekeliling hanyalah pokok-pokok besar yang menyeramkan.Maznah terus lari dan lari. Lalu beliau terjumpa sebuah pondok kecil yang di dalamnya terdapat lampu minyak tanah yang samar-samar. Mahu atau tidak mahu, beliau terpaksa pergi dan berlindung disitu. setelah diketuk pintu, maka keluarlah seorang lelaki yang tampan. Maznah menceritakan segalanya kepada lelaki tersebut lalu bersetuju membenarkan Maznah tinggal disitu.

Pada malam tersebut, tidurlah Maznah di dalam pondok tersebut yang amat sempit. Terdetik di hati beliau "Kalaulah lelaki ini ingin memperkosaku, nescaya aku tidak mampu melawan." Lelaki tadi yang asyik membelakangi Maznah tiba-tiba bangun dan membuka pintu pondoknya. Matanya memandang Maznah dengan seribu makna, perasaan takut Maznah memuncak dan beliau bertawakkal kepada Allah. Dengan tidak semena-mena lelaki tersebut membakar tangannya dengan pelita. Jelas dimata Maznah bagaimana tangan lelaki tadi dibakar sambil lelaki itu menjerit jerit. Oleh kerana terlalu takut, Maznah jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri.

Keesokan harinya, Maznah terjaga dan melihat lelaki itu tiada di dalam pondok tersebut. Setelah menjenguk keluar, beliau terlihat lelaki tersebut dengan tangan berbalut. "Jom aku hantaq hang keluaq dari hutan ni." kata lelaki tersebut. Dengan air liur basi masih bertempek, Maznah menuruti lelaki tersebut dan setelah sejam perjalanan mereka sampai ke kaki gunung. Kebetulan rombongan Encik Mail dan pasukan mencari baru sampai dan baru nak start operasi. Setelah itu, Maznah dihantar pulang kerumah. Setelah berjumpa ibu bapanya, Maznah menceritakan segalanya kepada bapanya. Bapanya ingin menyiasat siapakah lelaki yang telah menyelamatkan Maznah sebenarnya. Adakah dia seorang lelaki yang baik??

Setelah lima hari kejadian itu berlalu, bapa Maznah yang juga seoarang pemburu telah masuk ke hutan Gunung Jerai dan menyamar sebagai seorang yang sedang sesat lalu pergi ke pondok lelaki tersebut. Setelah memperkenalkan dirinya, beliau terlihat tangan lelaki itu yang berbalut lalu bertanya.. "Tangan hang pasai pa??". Lelaki itu pun menjawab, "Lima hari yang lalu, telah datang kepadaku seorang gadis yang cantik rupanya, indah bentuk tubuhnya, merdu suaranya, lemah gemalai pergerakannya dan mampu meruntun jiwa mana-mana lelaki yang melihatnya. Dia telah sesat dan aku terpaksa menumpangkannya tidur di dalam pondokku yang kecil ini.

"Apabila berdua-duaan seorang lelaki dan wanita maka datanglah yang ketiga, iaitu syaitan. Pada malam itu aku hampir memperkosanya, mujurlah ada sebuah pelita lalu aku bakar tanganku. Setelah itu aku sedar bahawa api dunia ini hanya 70 ribu kali ganda lebih sejuk dari api neraka. Lalu terbatallah niatku untuk memperkosanya.." Setelah mendengar cerita lelaki tersebut, bapa Maznah telah mengambil keputusan untuk mengahwinkan lelaki tersebut dengan Maznah..











Sesungguhnya Allah telah berfirman maksudnya:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." Al-Israk:ayat 32

Friday, January 29, 2010

Takutlah kepada Allah!!!


Salamullahialaikum..=>


Ya Allah,
Andai jiwaku terpesong,
Betulkanlah niatku..
Andai hatiku gusar dalam melaksanakan perintah-Mu,
Maka Kau berikanlah hidayah dan petunjuk dengan jalan yang terbaik..

Madah doa hari ini hanya kupersembahkan kepada-Mu,

Lelah bergulat dengan 1000 kehidupan yang tak pernah mati,

Hari ini atau esok yang mungkin tak pasti,

Adakah esok masih lagi menjadi milikku??

Semua kembali pada jalan hidup keabadian tinggalkan kematian,

Madah doa dimasa lalu yang entah apa yang kuingat ditengah hiruk pikuk keramaian dan terjebak kepenatan fatamorgana saat ini,

Aku memohon ampunan atas segala kesalahan dan diperkenankan kembali mencium sedikit wangi kasturi syurga-Mu,

Jika itu tidak Kau berikan padaku, cukup sekadar diberi kekuatan untuk mencintai-Mu,

Hari ini aku betul-betul mengetuk batinku untuk kembali terjaga dan bercinta bersama-Mu..

Ya Allah ..

Aku takutkan kiamat-Mu..

Aku takutkan kekuasaan-Mu..

Aku takutkan AZAB-Mu..

Andai Engkau mengambil nyawaku ketika ini,

Nescaya nerakalah tempatku...

Aku tidak meminta untuk dipanjangkan usiaku,

Cukuplah sekadar Engkau menguatkan imanku dan jasadku untuk beramal kepada-mu..

Cukuplah sekadar Engkau menguatkan rohaniku untuk menegakkan agamu di tanah yang gersang dengan petunjuk-Mu ini..

Ya Allah..

Perkenankanlah doaku ini.....