BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 1, 2010

Aku Ektremis Islam..!!!!~


Salamullahialaikum..

Alhamdulillah.. Baru hari ini Hamba rasa semangat intuk mem'blog' datang kembali.. Selepas hampir 2-3 minggu blog ni tak hidup.. Biasalah, baru nak exam.. Insyaallah, perkongsian ilmu di alam maya ini bermula kembali.

Kali ini Hamba ingin mengulas satu isu yang bukan lah sesuatu yang baru. Tetapi telah lama menjadi kudis dalam umat Islam masa kini. Namun apakah tindakan kita sebagai umat Islam?? Adakah kita hanya mampu membenci?? Sedangkan mencegah kemungkaran dengan hati (benci) adalah selemah-lemah iman??

Pemahaman tentang ekstremis Islam, Islam liberal mahupun moderate Islam adalah sesuatu yang salah. Bahkan pada pendapat Hamba, istilah atau ungkapan ini adalah propaganda Yahudi yang ingin menjatuhkan Islam. Kita sering mendengar " alah.. buat pe nak pakai serban.. nnti orang cakap aku ni ektremis pulak.." ataupun " tengok tu.. siap dengan jubah lagi datang surau.. rilek2 dah la.." Ini merupakan contoh bahawa pemikiran remaja Islam masa kini sudah banyak terpesong akibat propaganda musuh mereka sendiri.

Oleh kerana pehaman yang sebegini timbullah gejala sosial dan maksiat yang kebanyakkannya dilakukan oleh remaja Islam. Mereka tidak tahu apa erti aurat yang sebenar. Mereka juga tidak tahu bahawa Islam itu adalah agama yang menyeluruh. Bukan sekadar Islam pada nama atupun di tikar sembahyang. Bukankah Islam yang dibawa Rasulullah pada ketika dahulu adalah sama sehingga sekarang? Tiada perubahan pun..

Jika kita ingin melabel sesuatu perbuatan itu merupakan ekstremis Islam, bukankah Rasulullah S.A.W ketika dahulu lebih ektrem?? Pernahkah kita menunggu bas sehingga bengkak kaki?? Tetapi Rasulullah pernah bersolat malam sehingga bengkak kakinya. Sekali lagi Hamba ingin mengulang. Tiada istilah Islam ekstrem, liberal mahupun moderate kerana Islam yang dibawa Rasulullah adalah sama dari dulu hingga sekarang. Jika istilah begini tetap wujud, biarlah kita digelar ekstremis Islam kerana Islam Moderate itu tidak wujud.

Disini Hamba terjumpa sebuah video yang boleh kita ambil pengajaran.. Mudah-mudahan kita dapat menghidupkan kembali Islam yang sebenar.. Allahuakbar!!!!







1 K.O.M.E.N.:

Anonymous said...

bersetuju dgn penulis tentang islam itu tidak perlu di'istilah'kan..dan mengenai tindakan umat islam itu..perlu kita ingat bahawa kita tidak boleh bersenang hati dengan keadaan sekarang dan perlu diingat sekali apakah tindakan kita? adalah hanya skdar menulis blog? atau berkata melalui mulut shja?? sedangkan amal islami kita sendiri entah kemana?, kesurau pun jarang,solat diakhir waktu?, dan contoh yg baik tidak kita tunjukkan kepd yg laen..bahkan kita yg m'ngajak mereka kearah kburukan(merujuk diri sendiri)..fikir-fikirkan,sedngkan pertolongan Allah hnya akan dtg kepda mereka yg bertaqwa...sama muhasabah dri..:)