Salamullahialaikum..~
Sekadar ingin berkongsi beberapa wasiat yang diturunkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Ali yang tidak rugi jika kita mengambil tahu..
Sabda Rasulullah SAW : Wahai Ali, ketahuilah bahawa
Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu : 1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat, 2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama 3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia
Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu : 1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat 2) menanggung kekasaran orang 3) sabar atas segala kesusahan
Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu : 1) berkata benar 2) menjauhkan yang haram 3) merendah diri
Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu : 1) menjauhkan yang haram 2) menuntut ilmu 3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya. Wallahua'lam..~ |
|
0 K.O.M.E.N.:
Post a Comment