BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 31, 2010

Cerita Hantu...~

Salamullahialaikum.. =>

Syukur alhamdulillah.. Dengan limpahan kurnia Allah dapat lagi kita bernafas di pagi yang indah ini. Di kesempatan ini Hamba ingin berkongsi sebuah cerita yang mana Hamba dengar di sebuah ceramah agama suatu ketika dahulu. Ceritanya ada unsur-unsur angker sikit tapi mungkin kurang menarik dan mungkin jugak menarik. Terpulang kepada anda untuk menilainya..



Cerita ini berlaku di utara semenanjung atau senang cakap negeri jelapang padi, Kedah. Lebih spesifik di Maktab Perguruan di Sungai Petani. Ada seorang gadis yang bernama Maznah (bukan nama sebenar) merupakan guru pelatih di institusi perguruan tersebut. Beliau merupakan seorang guru pelatih perempuan yang mampu mencairkan ramai guru pelatih lelaki mahupun pensyarah lelaki di maktab tersebut. Beliau juga sering dicemburui oleh rakan-rakan wanitanya yang lain. Mana tidaknya, dah la cantik, baik budi pekerti dan sopan pulak tu.. Pakej beb!! Kulitnya putih gebu, mukanya licin......(dah-dah... kalaw macam ni smpai esok pon tak habih..mangkaq!!)

Nak dijadikan cerita, maktab perguruan tersebut mengadakan rombongan ke Gunung Jerai. Lalu bergeraklah rombongan yang seramai 40 orang itu berbondong-bondong ke Gunung Jerai. Selama 2 jam perjalanan, tak henti-henti si Maznah asyik diperhatikan oleh pemuda-pemuda yang turut serta dalam rombongan tersebut. Tak senang duduk dibuatnya si Maznah tadi.. Setelah mengharungi perjalanan selama 2 jam yang terhinggut-hinggut dan terhincut,(almaklumlah..naik bas TATA) maka sampailah mereka ke destinasi yang di tujui. Untuk pengetahuan, rombongan ini diketuai oleh seorang pensyarah lelaki yang bernama Encik Mail..

Setelah semua peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan lalu bergeraklah mereka kedalam hutan Gunung Jerai yang amat mempesona mata yang memandang. Maznah ketika itu berada dalam kumpulan 3 yang diketuai oleh Encik Mail. Ketika berada di dalam hutan, mulut para peserta rombongan tak henti-henti menyebut 'wow!!'.. Indahnya dunia ciptaan Ilahi.. Subhanallah!!





Ketika mereka sedang asyik meneroka hutan tersebut, Maznah terjumpa sebuah pokok bunga yang cantik yang diberi nama BUNGA HARUM SUNDAL MEWANGI. Lalu beliau memetik bunga tersebut dan ingin membawanya pulang. Namun beliau tidak sedar bahawa kumpulannya kian jauh darinya. Hari semakin senja, lalu ketua rombongan membuat keputusan untuk bergerak pulang. Encik Mail adalah orang terakhir yang menaiki bas tersebut. Setelah penat menempuh perjalan, pemandu bas mengambil keputusan untuk berhenti seketika di sebuah RnR dan bercadang untuk makan disitu.

Setelah semuanya turun, Encik Mail tidak terlihat kelibat Maznah. "Mungkin dia dah turun kot.." bisik hati Encik Mail untuk menenangkan hatinya.. Setelah bergerak ke kedai makan, beliau mencari-cari Maznah namun tidak kelihatan. Beliau mulai risau da terus mengarahkan seorang balacinya, Zambri Mamak untuk melihat kalau-kalu Maznah tidak turun dari bas. "Maznah tak dak, cikgu.." kata Zambri Mamak. Encik Mail naik gabra dan mulai risau bercampur sasau.. Tanpa melengahkan masa, beliau berlari ke atas bas dan melihat tempat duduk Maznah yang hanya di'duduki' oleh BUNGA HARUM SUNDAL MEWANGI.. "Tadi hangpa ada nampak MAznah dak?!" tanya Encik Mail kepada pelajar-pelajarnya. "Tadi ada.." jawab meraka. Setelah membuat pemeriksaan, terbukti Maznah tiada!!

Di hutan Gunung Jerai, Maznah masih lagi sibuk memetik bunga-bunga hutan. 'Encik Mail' yang dari tadi membisu asyik mengekori beliau. "Cik Mail, dah nak malam ni, takkan kita nak tidoq sini kot??" tanya Maznah. Namun, 'Encik Mail hanya mendiamkan diri dan bergerak dicelah-celah pokok lalu ghaib.. Melihat keadaan itu, Maznah jadi panik dan baru dia sedar bahawa dia telah ditinggalkan. Keadaan sekeliling hanyalah pokok-pokok besar yang menyeramkan.Maznah terus lari dan lari. Lalu beliau terjumpa sebuah pondok kecil yang di dalamnya terdapat lampu minyak tanah yang samar-samar. Mahu atau tidak mahu, beliau terpaksa pergi dan berlindung disitu. setelah diketuk pintu, maka keluarlah seorang lelaki yang tampan. Maznah menceritakan segalanya kepada lelaki tersebut lalu bersetuju membenarkan Maznah tinggal disitu.

Pada malam tersebut, tidurlah Maznah di dalam pondok tersebut yang amat sempit. Terdetik di hati beliau "Kalaulah lelaki ini ingin memperkosaku, nescaya aku tidak mampu melawan." Lelaki tadi yang asyik membelakangi Maznah tiba-tiba bangun dan membuka pintu pondoknya. Matanya memandang Maznah dengan seribu makna, perasaan takut Maznah memuncak dan beliau bertawakkal kepada Allah. Dengan tidak semena-mena lelaki tersebut membakar tangannya dengan pelita. Jelas dimata Maznah bagaimana tangan lelaki tadi dibakar sambil lelaki itu menjerit jerit. Oleh kerana terlalu takut, Maznah jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri.

Keesokan harinya, Maznah terjaga dan melihat lelaki itu tiada di dalam pondok tersebut. Setelah menjenguk keluar, beliau terlihat lelaki tersebut dengan tangan berbalut. "Jom aku hantaq hang keluaq dari hutan ni." kata lelaki tersebut. Dengan air liur basi masih bertempek, Maznah menuruti lelaki tersebut dan setelah sejam perjalanan mereka sampai ke kaki gunung. Kebetulan rombongan Encik Mail dan pasukan mencari baru sampai dan baru nak start operasi. Setelah itu, Maznah dihantar pulang kerumah. Setelah berjumpa ibu bapanya, Maznah menceritakan segalanya kepada bapanya. Bapanya ingin menyiasat siapakah lelaki yang telah menyelamatkan Maznah sebenarnya. Adakah dia seorang lelaki yang baik??

Setelah lima hari kejadian itu berlalu, bapa Maznah yang juga seoarang pemburu telah masuk ke hutan Gunung Jerai dan menyamar sebagai seorang yang sedang sesat lalu pergi ke pondok lelaki tersebut. Setelah memperkenalkan dirinya, beliau terlihat tangan lelaki itu yang berbalut lalu bertanya.. "Tangan hang pasai pa??". Lelaki itu pun menjawab, "Lima hari yang lalu, telah datang kepadaku seorang gadis yang cantik rupanya, indah bentuk tubuhnya, merdu suaranya, lemah gemalai pergerakannya dan mampu meruntun jiwa mana-mana lelaki yang melihatnya. Dia telah sesat dan aku terpaksa menumpangkannya tidur di dalam pondokku yang kecil ini.

"Apabila berdua-duaan seorang lelaki dan wanita maka datanglah yang ketiga, iaitu syaitan. Pada malam itu aku hampir memperkosanya, mujurlah ada sebuah pelita lalu aku bakar tanganku. Setelah itu aku sedar bahawa api dunia ini hanya 70 ribu kali ganda lebih sejuk dari api neraka. Lalu terbatallah niatku untuk memperkosanya.." Setelah mendengar cerita lelaki tersebut, bapa Maznah telah mengambil keputusan untuk mengahwinkan lelaki tersebut dengan Maznah..











Sesungguhnya Allah telah berfirman maksudnya:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." Al-Israk:ayat 32

Friday, January 29, 2010

Takutlah kepada Allah!!!


Salamullahialaikum..=>


Ya Allah,
Andai jiwaku terpesong,
Betulkanlah niatku..
Andai hatiku gusar dalam melaksanakan perintah-Mu,
Maka Kau berikanlah hidayah dan petunjuk dengan jalan yang terbaik..

Madah doa hari ini hanya kupersembahkan kepada-Mu,

Lelah bergulat dengan 1000 kehidupan yang tak pernah mati,

Hari ini atau esok yang mungkin tak pasti,

Adakah esok masih lagi menjadi milikku??

Semua kembali pada jalan hidup keabadian tinggalkan kematian,

Madah doa dimasa lalu yang entah apa yang kuingat ditengah hiruk pikuk keramaian dan terjebak kepenatan fatamorgana saat ini,

Aku memohon ampunan atas segala kesalahan dan diperkenankan kembali mencium sedikit wangi kasturi syurga-Mu,

Jika itu tidak Kau berikan padaku, cukup sekadar diberi kekuatan untuk mencintai-Mu,

Hari ini aku betul-betul mengetuk batinku untuk kembali terjaga dan bercinta bersama-Mu..

Ya Allah ..

Aku takutkan kiamat-Mu..

Aku takutkan kekuasaan-Mu..

Aku takutkan AZAB-Mu..

Andai Engkau mengambil nyawaku ketika ini,

Nescaya nerakalah tempatku...

Aku tidak meminta untuk dipanjangkan usiaku,

Cukuplah sekadar Engkau menguatkan imanku dan jasadku untuk beramal kepada-mu..

Cukuplah sekadar Engkau menguatkan rohaniku untuk menegakkan agamu di tanah yang gersang dengan petunjuk-Mu ini..

Ya Allah..

Perkenankanlah doaku ini.....

Jom pi Surau...


Salamullahialaikum….=>

Syukur kerana hari ini masih menjadi milik kita. Di sini disediakan sedikit peringatan buat Hamba dan pengunjung blog ini. Sekadar secebis ilmu yang di harapkan memberi manfaat kepada kita semua.

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya:

"Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya:

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."


Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah kadang-kala Islam itu sendiri dimalukan.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, dengan hanya menghina. Banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud:

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. dan bukan hanya orang tua sahaja yg akan menghadapi mati. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud:

"Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Hamba dengan merendah diri menyeru dan menasihati diri Hamba sendiri dan para pembaca agar mengambil iktibar dengan dalil-dalil yang hamba sediakan ini.


Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam. InsyaAllah..


Wallahua'lam...

Antara yang Bijak dan yang Bingai..

Salamullahialaikum...=>

Alhamdulillah.. Habis jugak prentation Physic pagi tadi.. Walaupun agak gugup, tapi Hamba berjaya membentangkan segalanya dengan penuh keyakinan dan semua orang faham.. cuma ada 2-3 orang yang macam mangkaq ubi buat-buat tak paham tu Hamba tak mau layan. hehe..

Hamba bukan tak biasa buat presentation.. Dah selalu dah.. Tapi presentation ni susah sikit sebab nak kena bentang depan orang yang pandai-pandai.. Cuma Hamba sorang saja yang bingai tahap gaban..

Bercakap pasal bingai ni.. Hamba teringat satu kisah di mana ada seorang sahabat Hamba yang malas nak study sebab dia mengaku dia bingai...Katanya" aku da memang bingai.. blajaq pon xjadi apa.. buang duit saja.." jadi tak mau belajar sebab dia memang dah ditakdirkan bingai.. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah.Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang muslim untuk menuntut ilmu Allah yang luas ini. Sedangkan pensyarah English Hamba yang bukan muslim pon selau menyebut tentang riwayat Nabi S.A.W yang mana berbunyi:
"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina.."

Apakah kita sebagai orang Islam tak mahu mengambil iktibar dari nasihat Rasulullah sendiri? Alangkah malangnya kita dan betapa ruginya kita sebagai umat Nabi Muhammad.. Seharusnya kita merasa bangga dengan status kita selaku seorang umat kepada kekasih Allah Yang Maha Agung.. Yang mana telah di janjikan kepada kita syafaat pada hari akhirat kelak. Sesungguhnya, seseorang itu dinilai berdasarkan ilmu yang dimiliki disisi Allah.. Bukan kekayaan atau pangkat yang diperolehi.

Justeru, Hamba selaku seorang Muslim yang bertanggungjawab sebagai da'ie menyeru semua sahabat-sahabat agar berusahalah menuntut ilmu walaupun ia sukar. Kerana dalam kesukaran itu ada kesenangan dan dalam kesenangan itu ada kealpaan..

Wallahu'alam..