BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 17, 2011

Wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali~

Salamullahialaikum..~


Sekadar ingin berkongsi beberapa wasiat yang diturunkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Ali yang tidak rugi jika kita mengambil tahu..

Sabda Rasulullah SAW : Wahai Ali, ketahuilah bahawa

Sunday, January 9, 2011

Syaitan aka SETAN!!!!!


Salamullahialaikum..~

Dah lama tak berblog. Rindu pulak rsa kat blog nih. Tapi blog bukan ada perasaan pon. Niway, da berjanggut jugak tak menulis nih. Rasa kekok pulak. Nak tekan huruf G pon melilau dok cari. Bukan tak dak idea, melambak idea Cuma tak berkesempatan nk menulis. Di pagi yang indah ini, tengah dok syok-syok sejuk, kita exercise tangan sikit. Waktu Hamba dok syok baca satu pamphlet ni, ada satu benda menarik yang Hamba rasa perlu untuk kita ambik tau. Mungkin rmai yang dah tau tapi tak pa la.. buat-buat tak tau n baca jugak..


Syaitan atau setan seperti yang kita sedia maklum adalah seekor makhluk yang dilaknat Allah. Setan ni jugak adalah malaikat suatu ketika dahulu. Pasai apa dia dilaknat Hamba rasa tuan-tuan pon tau. Kalau tak tau pi tanya Pak Aji Google. Nanti dia habaq. Tak pon tanyalah mana-mana guru agama yang bertauliah dan bukan di bawah pengaruh alcohol(ada kena-mengena ke??). jadi apa yang nak Hamba bagitau kat sini adalah macam mana kita ni boleh digoda dan tergoda oleh setan sepertimana yang telah si setan ni janji dengan Allah S.W.T.


Berdasarkan sebuah hadith, Rasulullah SAW telah me‘warning’ umatnya supaya berwaspada dengan kerja syaitan. Dalam hadith tersebut, Rasulullah SAW telah bersabda, “Pada diri anak Adam itu terdapat dua gerak rasa. Satu akan terbit daripada syaitan, manakala satu lagi daripada malaikat”.


Syaitan sering menyerang kita melalui sifat-sifat ini....


1. BURUK SANGKA.

2. CINTAKAN DUNIA DAN PANJANG ANGAN-ANGAN.

3. CINTAKAN NIKMAT DAN KEREHATAN.

4. UJUB.

5. PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA

6. RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN ORANG.

7. HASAD.

8. BAKHIL

9. TAKBUR.

10. TAMAK.


Jadi sahabat-sahabat, renung-renungkanlah dan fikirlah menggunakan otak dan akal yang dikurniakan kepada kita. Kemudian bertindaklah untuk me‘nackle’ sifat-sifat tersebut agar kita terhindar daripada hasutan syaitan laknatullah ini. Keseronokkan dunia bukanlah selamanya. Maka rugi dan malang bagi mereka yang merasakan bahawa “hidup hanya sekali, jadi kita enjoy”.

Wallahua’lam..~